Monday, 16 September 2013

Penghargaan dan Anugerah

Berikut ialah penghargaan dan anugerah yang telah diterima oleh Kaedah Haraki.

Pembentangan Kertas Kerja sempena Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 di UKM Bangi

Anugerah Emas Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Anugerah Emas Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Perak di MRSM Trolak



Anugerah Emas Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-kanak, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu
Tersiar dalam laman sesawang rasmi Ikatan Muslimin Malaysia

Harian Metro

Tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh Jumaat, 13 September 2013, halaman 31. Turut tersiar dalam ruangan "Senyum Kambing" akhbar berkenaan

Laman sesawang BERNAMA

7 Jam Modul Kaedah Haraki




1. Mudahnya baca al-Quran
2. Huruf Hijaiyah
3. Panjang pendek
4. Tanwin
5. Bunyi Pantulan
6. Waqaf
7. Muqataah
8. Rasm Uthmani

Sunday, 15 September 2013

Logo Rasmi Kaedah Haraki



HIJAU dan PUTIH:
Tahap penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan umat Islam.

WARNA KUNING:
Maruah (malu jika umat Islam tidak boleh membaca al-Quran dengan baik.

BULATAN berbentuk rantaian tasbih: 
Kesempurnaan al-Quran untuk dibaca umat Islam seluruh dunia.

7 BULATAN:
Tempoh belajar dan bab kaedah ini ialah yang perlu dikuasai sebaiknya (7 jam).

TULISAN JAWI dan RUMI:
Jika boleh membaca rumi pasti ia boleh membaca al-Quran.

KHAT NASAKH (HARAKI):
Jenis khat yang digunapakai dalam al-Quran Rasm Uthmani, mudah dibaca, menunjukkan al-Quran dipermudahkan untuk umat Islam

Friday, 17 May 2013

Video Promo Kaedah Haraki


Kaedah inovasi yang diasaskan oleh pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Ustaz Zakaria bin Nasirudin.



Kaedah Haraki:
  • Cepat 
  • Inovatif 
  • Mudah difahami 
  • Menepati hukum Tajwid 
  • Tanpa alatan 
  • Menarik dan menyeronokkan

Sila lawati laman rasmi kami untuk maklumat, komen dan penambahbaikan.

Halaman Rasmi: 

Halaman Pengasas:

Blog Rasmi: 

Isu dan Masalah


Kebanyakan orang boleh membaca dalam tulisan rumi, tetapi tak ramai yang boleh membaca tulisan jawi. Ramai orang boleh membaca surat khabar dan membaca status di facebook, namun tak ramai boleh membaca al-Quran bertajwid secara betul

Secara rasionalnya, inovasi teknik ini adalah mengambil kira beberapa faktor semasa. Antaranya ialah malu. Hal ini banyak terjadi kepada mereka yang sudah berumur tetapi masih gagal menguasai bacaan al-Quran, namun disebabkan malu untuk belajar kerana faktor usia, golongan ini semakin menyisihkan diri daripada terus memperbaiki bacaan al-Quran mereka. 

Selain itu, kesukaran turut dihadapi memandangkan kaedah-kaedah lain yang terlalu mengekalkan tajwid, menyebabkan mereka yang masih dalam peringkat permulaan gagal untuk meneruskan pembelajaran.

Kebanyakan kaedah yang lain juga mendatangkan kebosanan kepada yang mengikutinya, dengan masa pembelajaran yang begitu panjang, tidak menarik, kos yang tinggi untuk membeli buku modul dan alatan-alatan pembelajaran yang diperlukan serta yuran belajar. 

Malu untuk belajar al-Quran mendatangkan masalah di kemudian hari

Anak-anak memerlukan ibu bapa yang celik al-Quran untuk mengajar mereka

Lawatan ke al-Baghdadi Learning Centre Ipoh


Pada 5 Februari 2013, rombongan guru-guru pelatih dan pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru telah melawat al-Baghdadi Learning Centre di Ipoh, Perak.

Tujuan lawatan adalah untuk memenuhi keperluan subjek yang dipelajari oleh guru-guru pelatih Pendidikan Islam di samping untuk pemerhatian dan kajian tentang kaedah-kaedah pengajaran al-Quran di Malaysia.






Latar Belakang Pengasas Kaedah Haraki


Ustaz Zakaria dilahirkan pada 26 Disember 1962. Sejak kecil, beliau telah dididik dengan bacaan al-Quran yang baik oleh ibu dan ayah beliau yang merupakan guru al-Quran. 

Setelah tamat pengajian di Universiti Malaysia pada tahun 1988, beliau mengajar al-Quran di sekolah-sekolah rendah berdekatan. Di samping itu, beliau membuat kerja sambilan mengajar al-Quran dari rumah ke rumah.

Selepas menamatkan Diploma Pendidikan, beliau telah bertugas di beberapa buah sekolah. Antaranya ialah:

  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan (1989 - 1996)
  • Sekolah Menengah Dato' Kamaruddin, Batu Kurau (1996 - 1999)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (1999 - 2005)

Bermula tahun 2005 sehinggalah sekarang, beliau bertugas sebagai ketua warden dan pensyarah di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Beliau menjadi pensyarah untuk guru-guru Pendidikan Islam mata pelajaran al-Quran, selain aktif dalam Unit Beruniform Pengakap, dan Pertahanan Awam. Beliau juga merupakan Pengerusi Darussyifa' Kamunting dan bergiat aktif dalam perubatan Islam.


 
Template designed by Liza Burhan